Wednesday, October 11, 2023

Songket

 

Songket atau sungkit merupakan sejenis kain tenunan Nusantara yang berasal dari Palembang, dihasilkan dengan mesin tradisional yang menghasilkan corak rumit menggunakan benang emas atau perak. Ia kain lazim yang dibusanakan dalam adat-adat perkahwinan di Asia Tenggara.

Songket ialah kain tenun mewah yang biasanya dikenakan saat kenduri, perayaan atau pesta; ia pada dahulunya khusus dipakai golongan bangsawan - keluarga kerabat diraja dan orang besar negeri. Kehalusan tenunan dan kerumitan motif corak songket ketika itu menggambarkan pangkat dan kedudukan tinggi seseorang pembesar.

Songket punya nilai sejarah yang tinggi sebagai fabrik warisan agung. Selain mengangkat martabat si pemakai, motif dan warna tenunan songket melambangkan kedudukan seseorang.

Tradisi songket-songket setempat di Indonesia diakui sebagai Warisan Budaya Takbenda Negara oleh Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan Indonesia: pengiktirafan ini meliputi tradisi songket asal Palembang dan Sambas pada 2013; songket Pandai Sikek pada 2014; tradisi Songket asal Beratan, Bali pada 2018; dan tradisi songket Silungkang pada 2019. Songket buatan tempatan di Malaysia pula menerima pengiktirafan antarabangsa oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu yang menyenaraikannya dalam kategori warisan kebudayaan tidak ketarapada 17 Disember 2021.


Peristilahan

Secara etimologinya, istilah "songket" berasal daripada gabungan kata-kata songsong dan teket dalam bahasa tuturan masyarakat Melayu yang menduduki Palembang – bandar pusat empayar Srivijaya yang menurut susur galurnya ialah asal usul tradisi songket dan tenunan benang emas bermula – masing-masing bererti "tenun" dan "sulam" berkaitan pada metode pembuatan songket itu sendiri yakni dengan mengaitkan dan mengambil sejumput kain tenun, dan kemudian menyelipkan benang emas. Manakala di Tanah Melayu pula istilah songket merujuk kepada "sungkit" mahupun "sangkut" yang bermakna "mengait", "menyungkit" atau "mencungkil".


Sejarah

Tenun songket secara sejarah dikaitkan dengan kawasan permukiman dan budaya Palembang maupun Minangkabau yang berasal dari pulau Sumatera. Menurut Hikayat Palembang, asal mula kain songket bermula dari kemaharajaan Srivijaya. Bermula di Palembang, pusat diraja Sriwijaya songket telah dikenal sejak abad ke-7 dengan ditemukannya arca berbusana songket pada Candi Bumi Ayu. Bahan utama pembuatan songket seperti sutera biasanya diproduksi oleh petani ulat sutera Sumatera, tetapi untuk menghasilkan songket yang lebih berkualiti, masyarakat tempatan turut mengeksport sutera daripada China, manakala benang emas biasanya dihasilkan oleh masyarakat tempatan dengan memproses emas yang dihasilkan dari beberapa kawasan di Sumatera.

Akibat pengaruh kuasa kemaharajaan Srivijaya, kain songket menyebar dari Palembang ke seluruh pelusuk wilayah Srivijaya, yakni sebagian besar wilayah di Sumatera (terutama di Sumatera Barat, Sumatera Selatan, dan Lampung), Kepulauan Riau, Kalimantan (terutama di Sambas),Borneo, Tanah Melayu, Thailand, Kemboja, dan juga meliputi sebahagian Jawa Barat. Menurut tradisi Kelantan, teknik tenun seperti ini diperkenalkan dari Chaiya (di Thailand) iaitu kawasan yang pernah menjadi salah satu cabang wilayah tengah di bawah kuasa kemaharajaan Srivijaya, yang mana kemudian teknik ini berkembang ke selatan di Pattani hingga mencapai ke Kelantan dan Terengganu sekitar abad ke-16. Akan tetapi menurut penenun Terengganu, justru para pedagang Minangkabau, Palembang, dan India yang berlayar dari Palembang lah yang pertama kali memperkenalkan teknik anyaman ini sejak zaman kegemilangan Srivijaya.

Penenunan songket berkembang di Semenanjung Melayu disebabkan kerana pendudukan kuasa oleh empayar Srivijaya dan perkahwinan campur antara kerajaan diraja tempatan, yang merupakan strategi penyatuan biasa sekitar abad ke-15. Songket juga dipersembahkan oleh pengasas kerajaan Melaka yang juga berasal dari Palembang, dan budaya Palembang turut dijadikan identiti kerajaan tersebut.

Songket menggunakan teknik tenunan, di mana benang emas ditenun antara benang sutera pada kain latar. Fabrik yang mewah dan mahal ini menggambarkan struktur sosial dikalangan bangsawan Melayu.

Keberadaan sesebahagian bahan asas membuat kain ini seperti benang emas juga mencerminkan kedudukan para petukang kain ini yang terletak dalam kerajaan kerana bahan pembuatannya yang mahal - benang emas sejatinya memang terbuat dari lembaran emas murni asli. Warna emas pada kain ini juga dikaitkan dengan kegemilangan Srivijaya suatu ketika dari abad ke-7 hingga abad ke-13.

Songket sebagai busana diraja juga disebutkan dalam naskah Abdullah bin Abdul Kadir pada tahun 1849.


Pada zaman kini

Berdasarkan bahan, kaedah pembuatan, dan harga; Songket pada asalnya merupakan kain mewah golongan bangsawan yang menunjukkan keluhuran dan maruah pemakainya. Tetapi kini songket bukan sahaja ditujukan untuk orang kaya dan berada, kerana harganya berbeza-beza; daripada yang biasa dan agak murah, kepada yang eksklusif dengan harga yang sangat mahal. Kini dengan penggunaan benang emas sintetik, songket tidak lagi semahal dahulu apabila menggunakan emas asli. Namun begitu, songket yang berkualiti terbaik masih dinilai sebagai bentuk seni yang anggun dan agak mahal.

Di beberapa kawasan Palembang, songket masih memiliki nilai jual tinggi kerena pembuatannya masih menggunakan sutera dan emas asli sebagai bahan asas.

Sejak dahulu lagi, songket telah menjadi pilihan popular untuk pakaian perkahwinan tradisional Melayu, Palembang, Minangkabau, Aceh dan Bali. Kain ini sering diberikan oleh pengantin lelaki kepada pengantin perempuan sebagai salah satu persembahan perkahwinan. Pada hari ini, pakaian rasmi lelaki Melayu sering memakai songket sebagai kain yang dililit di atas seluar atau sebagai ikat kepala, tanjak, atau ikat kepala. Bagi wanita pula, songket dibalut sebagai kain sarung yang digabungkan dengan Kebaya atau Baju kurung.

Walaupun berasal daripada kraf tradisional, industri songket merupakan kraf yang terus hidup dan dinamik. Pengrajin songket khususnya di Palembang kini cuba mencipta motif baharu yang lebih moden serta pilihan warna yang lebih lembut. Ini adalah usaha untuk memastikan songket sentiasa dikemas kini dan diminati orang ramai.[19] Sebagai objek seni, songket sering dibingkai dan digunakan untuk menghiasi bilik. Aplikasi moden kain songket sangat pelbagai, bermula dari beg wanita, songkok, malah telefon bimbit.


Corak dan motif

Corak dan motif songket mencerminkan kekayaan alam persekitaran dengan perwujudan cita rasa budaya, sehingga songket memiliki motif-motif tradisional yang sudah menjadi ciri budaya wilayah penghasil kraf. Motif tersebut tercipta dikeranakan rupa semula jadi di sekeliling kawasan tersebut berupa tumbuh tumbuhan, bunga, haiwan, alam dan lain-lain. Misalnya motif Saik Kalamai, Buah Palo, Barantai Putiah, Barantai Merah, Tampuak Manggih, Salapah, Kunang-kunang, Api-api, Cukie Baserak, Sirangkak, Silala Rabah, dan Simasam yang merupakan motif khas songket Pandai Sikek, Minangkabau.

Kefahaman ini juga ditentukan secara rekaan khusus: beberapa pemerintah daerah di Indonesia misalnya telah mempatenkan motif songket tradisional mereka. Dari 71 motif songket yang dimiliki Sumatra Selatan, baru 22 motif yang terdaftar di Direktorat Jenderal Hak Kekayaan Intelektual Kementerian Hukum dan Hak Asasi Manusia. Dari 22 motif songket Palembang yang telah didaftarkan termasuk motif Bungo Intan, Lepus Pulis, Nampan Perak, dan Limar Beranti. Sementara 49 motif yang lain tidak berdaftar, termasuk motif Berante Berakam pada seragam rasmi. Selain motif Berante Berakam, beberapa motif lain yang belum terdaftar ialah motif Songket Lepus Bintang Berakam, Nago Besaung, Limar Tigo Negeri Tabur Intan, Limar Tigo Negeri Cantik Manis, Lepus Bintang Penuh, Limar Penuh Mawar Berkandang, dan sejumlah motif lain.


Kawasan pertukangan


Kawasan-kawasan di Asia Tenggara yang dikenali seni songketnya:


Malaysia:

Pantai Timur Semenanjung khususnya industri rumahan di pinggiran Kota Bahru, Kelantan

Terengganu

Pahang

Sarawak - sungai Rajang

Johor

Melaka

Perak

Kedah

Indonesia:

Sumatera Barat - Songket Minangkabau di daerah Sepuluh Koto, Pandai Sikek dan Silungkang

Sumatera Selatan - Songket Palembang di Palembang,

Kalimantan

Sulawesi

Sumbawa

Bali - di kabupaten Klungkung, khususnya di desa Sidemen dan Gelgel

Lombok - desa Sukarara di kecamatan Jonggat, kabupaten Lombok Tengah.

Brunei:

Bandar Seri Begawan

Thailand:

Bangkok

Utara Thailand

Selatan Thailand

Kemboja:

Angkor Wat

Phnom Penh


Proses pembuatan

Secara ringkasnya proses menenun songket adalah dengan menggunakan teknik menyungkit iaitu menggunakan lidi buluh atau bilah nibung melalui benang loseng/lungsin di permukaan alat tenun yang dipanggil kek tenun. Proses menyungkit dilakukan setelah benang karat butang disediakan. Benang karat butang digunakan untuk membuat reka corak atau sulaman benang emas.

Benang perlu dibersihkan sebelum dicelup ke dalam pewarna. Setelah pewarnaan dibuat benang perlu dikeringkan sebelum kerja selanjutnya dilaksanakan. Benang-benang ini dililit pada pelenting buluh kecil dilakukan dengan bantuan alat darwin dan alat pemutar rahat.

Benang loseng diregang di alat penenun (ianian) bagi menentukan saiz panjang atau jumlah helai kain yang akan ditenun sebelum digulung dengan sekeping papan loseng untuk disiapkan pada gigi atau sikat jentera. Setelah itu, kerja-kerja menyapuk dapat dilakukan.

Corak digubah pada benang loseng menggunakan alat "lidi" agar benang loseng berangka genap dan ganjil dapat diarahkan turun naik secara berselang seli sewaktu menenun. Sebanyak tiga atau lima lembar benang disongketkan kemudian diikat dan dikenali sebagai proses ikat butang. Alat torak yang diisi dengan benang pakan atau benang emas, dimasukkan ke kiri dan kanan di celah-celah benang loseng mengikut corak yang telah ditentukan hinggalah menjadi sekeping kain. Kain yang telah siap ini dipotong mengikut saiz.


Tokoh Dato Siti Nurhaliza

  Dato' Sri Siti Nurhaliza Tarudin SSAP, DIMP, JSM, SAP, PMP, AAP ; lahir 11 Januari 1979 merupakan seorang penyanyi, pelakon, penulis l...